FAQ

FAQ LANGAT SEWERAGE PROJECT

1. Apakah Projek Pembetungan Langat?
What is Langat Sewerage Project?

Projek Pembetungan Langat adalah salah satu inisiatif di bawah program Greater KL/Klang Valley.
Langat Sewerage Project is one of the initiatives under the Greater KL/Klang Valley programme.

MMC Pembetungan Langat Sdn Bhd (MMC PLSB) merupakan kontraktor utama bagi pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat berkapasiti 920,000 PE dan rangkaian paip pembetungan baharu di daerah Hulu Langat. Kerja-kerja pemasangan rangkaian paip ini merangkumi kawasan Cheras Batu 11, Desa Baiduri, Cheras Jaya, Fasa 2 Kajang 1 dan Kajang 3.
MMC Pembetungan Langat Sdn Bhd (MMC PLSB) is the main contractor for the construction of Langat Centralised Sewerage Treatment Plant with the capacity of 920,000 PE and its sewage conveyance system in Hulu Langat area. The pipeline installation works include Cheras Batu 11, Desa Baiduri, Cheras Jaya, Phase 2 Kajang 1 and Kajang 3.

Bagi meningkatkan kadar penyambungan ke sistem pembetungan serantau di kawasan tadahan pembetungan Langat, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan juga pada tahun 2014 telah menganugerahkan kerja-kerja pemasangan paip pembetungan di sebahagian kawasan Kajang 1 & 3 kepada Sri Tinggi Sdn Bhd di mana ia melibatkan penambahan liputan perkhidmatan kapasiti 250,00 Penduduk Setara (PE). Antara skop kerja yang terlibat adalah pemasangan paip pembetungan anggaran 35 km dan rasionalisasi loji-loji rawatan kumbahan kecil di sebahagian Kawasan Kajang 1 dan Kajang 3.
In order to increase the connectivity to the regional sewerage system in sewerage catchment of Langat, Sewerage Services Department has awarded the sewerage pipeline installation project covering parts of Kajang 1 and Kajang 3 to Sri Tinggi Sdn Bhd in the year 2014 in which about another 250,000 population equivalent to be connected. Amongst the project scope are laying about 35km new sewage pipeline and rationalizing small sewage treatment plants in parts of Kajang 1 and Kajang 3.

 

2. Berapakah keluasan projek ini?
What is the extent of the project?

Rangkaian paip pembetungan projek ini adalah sepanjang 105 km yang merangkumi lebih kurang 1100 unit lurang pembetungan. Keseluruhan kawasan yang terlibat adalah seluas 60.9km persegi dengan rasionalisasi sebanyak 153 loji-loji rawatan kumbahan yang kecil.
The construction works is inclusive of laying new sewerage pipe with approximately 105km in length including 1100 unit of manholes. The newly constructed sewerage pipe network will be connected through 11 units network pumping stations and the centralised sewage treatment plant will be resulted in the rationalisation and decommissioning of 153 small and inefficient sewerage treatment plant

 

3. Bilakah projek ini dimulakan dan bilakah ia akan siap?
When was this project started and when will it be completed?

Projek ini telah dimulakan pada 20 November 2015 dan dijangka siap pada Oktober 2021.
This project was started on 20 November 2015 and is expected to complete by October 2021.

 

4. Adakah projek ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan?
Is this project implemented by the government?

Pada awalnya projek ini merupakan projek di bawah seliaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Namun, setelah penstrukturan semula kerajaan, Projek Pembetungan Langat kini berada di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dengan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) menjadi agensi pelaksana yang memantau pelaksanaan projek ini. Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan di bawah RMK-10 dan RMK-11.
At the beginning, this project was fully implemented under the supervision of Ministry of Energy, Green Technology, and Water (KeTTHA). However, after the recent Government’s restructuring, Langat Sewerage Project is now under the supervision of Ministry of Water, Land, and Natural Resources (KATS), with Sewerage Service Department (JPP) as the implementing agency to oversee the implementation of this project. This project is fully financed by the Federal Government under RMK-10 & RMK-11

 

5. Apakah objektif sebenar projek ini?Adakah bermaksud sistem yang sedia ada gagal mengawal pencemaran alam sekitar?
What is the main objective of this project? Does this mean that existing system has failed to control the environmental pollution?

Selaras dengan hala tuju Pembetungan Negara, kawasan tadahan pembetungan Langat telah dikenalpasti bagi pembinaan sebuah Sistem Pembetungan Serantau. Mengambil kira persekitaran perkembangan yang pesat, Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 billion untuk menaiktaraf sistem pembetungan di kawasan tadahan pembetungan Langat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 & Ke-11 bagi tujuan meningkatkan liputan perkhidmatan pembetungan di samping membantu menjaga kualiti air Sungai Langat.
In line with the national sewerage policy, sewerage catchment in Langat has been identified for the construction of Centralized Sewage Treatment Plant System. Taking into consideration of the rapid development of surrounding area, the Malaysian Government via the Sewerage Services Department has allocated RM 1.5 billion under 10th and 11th Malaysia Plan to upgrade the sewerage system in Langat catchment in improving sewerage service coverage and the water quality of Langat River.
 

Adalah dimaklumkan bahawa sistem rawatan kumbahan yang sedia ada kebanyakan hanya mencapai kualiti effluent Standard B seperti mana yang diperuntukkan dalam Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Kumbahan ) 2009 dan kebanyakannya tiada komponen penyisihan nutrien seperti ammonia, nitrat, dan fosforus yang akan membawa kesan sampingan dalam ekosistem. Dengan adanya sistem yang moden dan berpusat, maka pemprosesan dan penyaluran kumbahan akan lebih efisien dan kebarangkalian pencemaran alam sekitar terutama punca air juga akan berkurang. Selain itu, tapak-tapak kosong bagi loji rawatan kumbahan yang ditutup dalam pakej ini boleh dirancang untuk kegunaan yang memanfaatkan rakyat.
Most of the existing sewerage treatment system are only at Standard B effluent as stipulated in Environmental Quality (Sewage) Regulations 2009 and majority of the treatment system is not designed for nutrient removal e.g. ammoniacal nitrogen, nitrate and phosphorous which eventually will endanger the ecosystem. Thus, with the modern and centralized sewerage system, efficiency of sewerage treatment system and network can be improved while simultaneously reducing sewage pollution loading into Sungai Langat and the risk of waterborne disease arising from inadequately treated sewage. Furthermore, vacant land from the exercise of small sewerage treatment plants rationalization can be unlocked for future development which will beneficial to the people.

 

6. Apakah faedah projek ini kepada penduduk setempat? Adakah projek ini menggunapakai aplikasi teknologi hijau dan bagaimana caranya?
What is the benefit of this project to local community? Will this project use green technology application and how will it be used?

Dengan siapnya projek ini pada tahun 2021, penduduk di kawasan Cheras-Kajang (920,000 penduduk setara) akan menikmati perkhidmatan pembetungan yang bertaraf dunia manakala sejumlah 153 loji rawatan kumbahan kecil akan ditutup. Sisa kumbahan akan disalurkan ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau yang berkapasiti 920,000 Penduduk Setara melalui sistem rangkaian paip pembetungan sepanjang 105km. Bagi komponen stesen pam dan loji rawatan kumbahan di bawah projek ini, kerajaan telah menetapkan supaya peralatan pam yang dipasang haruslah mempunyai perlabelan Energy Efficiency bagi membantu mengurangkan kos operasi untuk jangka masa panjang. Selain itu, aplikasi teknologi hijau seperti system penuaian air hujan, penjanaan elektrik menggunapakai enap cemar dan panel solar serta penggunaan semula air terawat akan dipasang di loji rawatan kumbahan bagi memastikan kelestarian kepada alam sekitar.
With the completion of this project in 2021, population around Cheras-Kajang (920,000 Population Equivalent) will enjoy the world-class sewerage services while 153 small inefficient treatment plants located in resident’s area will be closed. Sewage will be diverted to Langat Centralised Sewage Treatment Plant with a capacity of 920,000 Population Equivalent via 105km newly built sewerage pipeline. For the sewage treatment plants and pump station components under this project, the Malaysian Government has imposed the requirement to install Energy Efficiency pumps as to minimize the operational cost in the long run. Apart from that, this plant has adopted Green Technology applications such as rainwater harvesting, biogas generation, solar panel, and effluent water re-use to ensure environmental sustainability.

 

7. Adakah projek ini merupakan projek yang paling besar di Malaysia?
Is this the biggest project in Malaysia?

Sehingga kini, projek ini juga merupakan antara projek pembetungan yang berskala besar di Malaysia. Sistem pembetungan yang dibina di bawah projek ini adalah setanding dengan projek antarabangsa di mana teknologi tinggi dari Jepun, Jerman, China, dan Taiwan akan digunapakai dalam proses pemasangan paip.
To date, this project is one of the large-scale sewerage projects in Malaysia. The sewerage system built under this project is comparable to international projects where high technology from Japan, Germany, China, and Taiwan will be used in the pipe installation.

 

8. Selain dari Negeri Selangor, negeri mana di Malaysia yang pernah mengguna pakai sistem yang setanding?
Besides Selangor, has any other state used the same comparable system?

Selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan, telah pun dilengkapi dengan sistem rawatan kumbahan serantau. Untuk negeri-negeri yang lain, proses pembinaan sistem rawatan kumbahan serantau sedang giat dilaksanakan.
Besides Selangor, Federal Territory of Kuala Lumpur, Penang, Malacca, dan Negeri Sembilan have adopted the regional sewage treatment system. As for other states, the construction of regional sewage treatment system is being actively implemented.

 

9. Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh penduduk?
What are the matters that require residents’ attention?

Disebabkan kerja-kerja pembinaan rangkaian paip pembetungan melibatkan kerja-kerja pengorekan dan penyuraian lalulintas semasa kerja-kerja pembinaan, adalah dijangka kesesakan lalulintas akan berlaku dari masa ke masa di kawasan yang terbabit dengan kerja-kerja pengorekan. Walaubagaimanapun, bagi memastikan gangguan trafik yang minimum, perunding lalulintas yang professional akan dilantik agar langkah-langkah kawalan keselamatan mematuhi spesifikasi sepanjang masa pembinaan.
Since the construction of sewerage conveyance network is involving deep excavation and traffic diversion, it is expected that traffic congestion will occur from time to time. Nevertheless, to minimize traffic disruption during construction activities, professional traffic management consultant will be appointed to ensure the safety controls are in accordance with specifications during construction.

 

10. Bagaimana saya ingin membuat aduan bagi kerja-kerja pembinaan yang dijalankan?
How do I lodge my complaint and give feedback on the construction activity?


 

11. Saya adalah pelajar jurusan kejuruteraan/orang awam/badan professional. Bolehkah saya melawat tapak projek?
I am an Engineering Course student/public/professional bodies. Can I make a visit to Langat Sewerage Project?

Pihak kami mengalu-alukan kedatangan para pelajar dari jurusan kejuruteraan/orang awam/badan professional untuk kami berkongsi ilmu mengenai Projek Pembetungan Langat melalui taklimat awam dan penerangan daripada pihak konsultan CSTP yang telah dilantik. Selain daripada penerangan, pihak kami juga menyediakan Pusat Informasi Awam yang dilengkapi dua model projek iaitu bangunan CSTP dan rangkaian paip pembetungan dimana pelawat dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana proses rawatan kumbahan berteknologi moden ini berfungsi dan memberi manfaat kepada penduduk Cheras dan Kajang. Pusat Informasi Awam ini dibuka kepada orang awam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.30 pagi – 5.30 petang. Manakala pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
We would love to welcome Engineering students/publics/professional bodies so that we can share knowledge and experience through briefing session and explanation from the designated CSTP consultant. Apart from the briefing session, we also provide a Public Information Centre at our site office which is equipped with two displayed project model of CSTP and Sewerage Conveyance System where visitors can closely see how modern technology sewerage treatment works and benefits the residents of Cheras and Kajang. It opens weekdays from 9.30 am until 5.30 pm and prior appointment can be made for Saturday visit from 8.30 am until 12.30 pm.