MMC Pembetungan Langat Contributes Seven Cattles and 600 boxes of cookies for the Celebration of Hari Raya Aidiladha to the communities
MMC Pembetungan Langat Sdn Bhd (MMC PLSB) continues to give back to the community by contributing seven cows for ‘ibadah korban’ and 600 boxes of cookie to 5 selected surau/mosque in conjunction with Aidiladha celebration, despite implementation of Emergency Movement Control Order (EMCO).
Through strict compliance with Standard Operating Procedure (SOP) from Selangor Islamic Religious Department (JAIS), the sacrificial slaughtering was executed at the centralized slaughterhouse before it is distributed to the surau/mosques’ committee members and later handed over to the residents along the project’s alignment
The selected surau and mosque are al Surau Al-Hidayah, Kampung Sungai Balak and Masjid Sungai Sekamat which received 2 cows, Cheras Surau Ar-Rahman, Taman Desa Karunmas, Masjid Nurul Ihsan, Taman Seri Cheras and Masjid Kariah Batu 10, Cheras which received one cow respectively.
The contribution was handed over by the Deputy Project Director, MMC PLSB, Major Zulkarnain witness by the representative of Sewerage Services Department, which is the implementing government agency of the project. Apart from strengthening good relations with the locals, MMC PLSB also fulfilling its social corporate responsibility by helping the surrounding communities especially during the ongoing Covid-19 pandemic and hopefully enlivens Aidiladha celebration for the community.
MMC Pembetungan Langat Sumbang 7 Ekor Lembu Korban dan 600 kotak Kuih Hari Raya Sempena Sambutan Perayaan Aidiladha kepada komuniti setempat
MMC Pembetungan Langat Sdn Bhd (MMC PLSB) menyumbangkan tujuh ekor lembu untuk 'ibadah korban' dan 600 kotak kuih hari raya kepada 5 buah surau/masjid terpilih sempena perayaan Aidiladha, walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dengan pematuhan ketat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), penyembelihan korban dilakukan di rumah sembelih berpusat sebelum diedarkan kepada ahli jawatankuasa surau/masjid dan kemudian diserahkan kepada penduduk di sepanjang jajaran projek.
Surau dan masjid yang terpilih adalah Surau Al-Hidayah, Kampung Sungai Balak dan Masjid Sungai Sekamat yang menerima 2 ekor lembu, Cheras Surau Ar-Rahman, Taman Desa Karunmas, Masjid Nurul Ihsan, Taman Seri Cheras serta Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang masing-masing menerima seekor lembu
Sumbangan daging korban diserahkan oleh Timbalan Pengarah Projek, MMC PLSB, Mejar (B) Zulkarnain dan disaksikan oleh wakil Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), yang merupakan agensi kerajaan pelaksana Projek Pembetungan Langat. Selain mengeratkan hubungan baik dengan penduduk tempatan, MMC PLSB juga memenuhi tanggungjawab sosial korporat dengan membantu komuniti setempat yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang masih berterusan dan seterusnya dapat memeriahkan perayaan Aidiladha untuk masyarakat sekitar.